Saturday, 19 May 2012


Bagaimana membesarkan otot kaki? Apakah tip-tip membesarkannya? Bila bercerita pasal kaki mesti ramai yang tak suka. Kebanyakan mesti nak elak latihan kaki. Kalau buat pun, ala-ala je. Janji buat katanya.
1. Squat dan Leg Press
Senaman yang paling utama jika tiada masalah pinggang adalah squatSquat penuh dengan beban yang tinggi bergantung pada periodisasi. Selepas habis squat terus ke leg press lebih berat daripada squat. Tak perlu mulakan dengan beban kecil lagi.
2. Hari Pertama
Mulakan hari pertama dengan latihan kaki. Lupakan latihan dada yang biasa dibuat pada hari pertama. Tahan sikit sakit walaupun bekerja pada hari seterusnya.
3. Gerakan Penuh
Gunakan gerakan penuh ketika melakukan latihan. Samada squat, deadlift, leg extensiondan sebagainya. Melainkan jika anda ada masalah-masalah tertentu.
4. Hard Gainer
Jika anda seorang ‘hard gainer‘, cuba mulakan senaman dengan leg extension yang ringan dahulu dalam 4 set.
5. Ubah Program
Selepas 2 hingga 4 minggu, ubah program latihan. Jika sebelum ini dimulakan dengan back barbell squat, apa kata ubah ke front barbell squat. Ubah susunan latihan. Tidak semestinya perlu mulakan dengan squat. Ini adalah untuk mengelak badan menyesuaikan diri dengan latihan yang diberi.
6. Rehat
Rehat adalah perkara yang amat penting untuk tumbesaran. Tak guna berlatih hari-hari tanpa rehat. Cukuplah sekadar latih kaki seminggu sekali dengan intensiti latihan yang betul atau boleh dipecahkan 1 hari melatih bahagian peha depan dan 1 hari melatih bahagian peha belakang.
7. Hamstring
Inginkan kaki yang besar, jangan lupa latih hamstring. Jangan jadi seperti mereka yang ingin tangan besar dan hanya latih bisep sahaja. Dia lupa latih trisep. Latihan hamstring yang baik seperti stiff legged deadlift.
8. Kardio
Jika anda seorang yang kurus. Kurangkan senaman kardio yang banyak menggunakan kaki. Menggunakan kaki terlalu banyak boleh menyebabkan kaki menjadi letih dan susah hendak membesar. Terlalu banyak juga menambah risiko terlebih latihan.
9. Regangan
Seperti otot lain juga, jangan lupa buat regangan selepas tamat latihan. Regangan akan melancarkan aliran darah ke kawasan itu. Apabila aliran lancar, nutrisi mudah disalurkan. Anda perlukan nutrisi untuk membesar.

No comments:

Post a Comment